Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia buat pertama kalinya di bawah kepimpinan Y.Bhg Dato’ Haji Abdul Rashid bin Mat Amin (Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia) telah menubuhkan satu kumpulan muzik yang diberi nama D’ Forest. Kumpulan D’ Forest ditubuhkan pada 16 Ogos 2004 dengan ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai - pegawai kakitangan Ibu pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia. Encik Borhanuddin bin Arshad, Pengarah Tugas-Tugas Khas dan Wilayah Persekutuan telah dilantik sebagai Pengurus Kumpulan D’ Forest bagi memantap dan memperkemaskan lagi segala aktiviti serta program Kumpulan D’ forest.
Ini Adalah Anggota Asal D’Forest:
Azmi bin Rahman - Pemain keyboard/Penyanyi (Ketua Kumpulan)
Tharmizie bin Sagiran - Pemain Gitar Utama (Lead Guitar)
Shaharom Najim bin Ishak - Pemain Gitar Bass
Mohd Rizal bin Abdul Rahim - Pemain Gitar (2nd Lead Guitar)
Hairul bin Abd Hamid - Pemain Drum
Gerrard Trabucon - Pemain Gitar ( Rhythm )
Abdul Razak bin Ariffin - Penyanyi Utama Kumpulan
Mohd Nor bin Mohd Rashid - (P.A. System Technician/Krew)
Antara penyanyi dan krew lain yang pernah terlibat sama di sepanjang persembahan kumpulan suatu ketika dahulu ialah En Hasliandi bin Hashim dan En Mat Salim bin Samsuddin selaku penyanyi serta Mohd Salleh bin Nordin, Zainuddin bin Bakar dan Norazirim bin Ahmad selaku krew dan juruteknik. Tujuan D’Forest ditubuhkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat dikalangan kakitangan Jabatan Perhutanan yang mempunyai kemahiran bermain muzik dan juga menyanyi. Untuk menaikkan imej Jabatan, D’Forest telah membuat persembahan di Majlis Rasmi Jabatan dan Kementerian. D’Forest juga mengadakan persembahan dimajlis kenduri kahwin dan majlis amal Persatuan Kebajikan dan Sukan Ibu Pejabat Perhutanan.
Sebuah studio muzik telah disediakan sebagai tempat untuk kumpulan D’Forest ini menjalani latihan muzik selepas waktu pejabat. Khidmat tenaga pengajar muzik sambilan, En Roslan bin Lit telah digunakan bagi memantapkan lagi Kumpulan D’ Forest ini. Beliau merupakan bekas pemain gitar utama kumpulan Kasawari iaitu antara kumpulan muzik yang popular pada tahun 90’an dahulu dan dibantu oleh Pemain Drum Jemputan iaitu En. Azhar atau sinonim dengan nama Pak Cu Xn3(Raja Lawak).
Persembahan Pertama kumpulan D’ Forest telah diadakan pada 14 Oktober 2004 bersempena dengan majlis jamuan makan tengahari bersama Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia manakala persembahan besar yang pernah diadakan adalah persembahan D’Forest sempena Majlis Makan Tengahari Permainan Golf Mesra Antara Pasukan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) di Palm Garden Golf Club pada 23 April 2006.
Persembahan D’ Forest sempena Hari “Q” JPSM di Dewan Alwy ULP, Kepong, Persembahan D’ Forest di Majlis Makan Malam, Malam Jasamu di Kenang sempena Persaraan Y.Bhg Dato’ Haji Abdul Rashid Bin Mat Amin di Hotel Shangri La, Pulau Pinang, Persembahan D’ Forest sempena “Thank You Dinner Advance Leadership & Management Programme (JUSA)” bersama Y. Bhg . Tan Sri Ketua Setiausaha Negara di Hotel Crowne Plaza Kuala Lumpur, Persembahan D’Forest di Majlis Perkahwinan anak perempuan kepada Puan Aziyah bte. Mohamed selaku SUB(BPP), Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar bertempat di Dewan Alwy, Unit Latihan Perhutanan, Kepong, Persembahan D’ Forest sempena Majlis Makan Malam Bersama Menteri Besar Perlis, PPN ke – 26, Persembahan D’Forest di Majlis Makan Malam Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) 22nd Malaysia – Singapore Joint Committee on Environment (MSJCE) & 21st Annual Exchange of Visit (AEV), Hotel Marriot, Putrajaya.
Logo D'Forest:
Logo D'Forest:
No comments:
Post a Comment